• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Siapa Saya?
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Servis Website
  • Sitemap

BLOGAMEER.COM

Perkongsian Dunia Bisnes Dan Perkongsian Bermanfaat

Kerja Tanpa Ilmu

Anda Pasti Gagal
TwitterYoutubeFacebookLinkedinGoogle +PinterestInstagram
  • Home
  • Product Review
  • Our Store
  • Ilmu Bisnes
  • Blog
  • Hubungi Saya
  • Panduan Buat Website
Home | PDF Download

PDF Download

Fiqh Muamalat Note Chapter 2,3,4,5 and 6

October 1, 2015 Leave a Comment

Fiqh Muamalat Note Chapter 2,3,4,5 and 6

  1. THEORY OF MAL

    •  THEORY OF PROPERTY AND OWNERSHIP
    •  THEORY OF AQD (CONTRACT : FORMATION OF
      CONTRACT)
    •  THEORY OF AQD (CONTRACT : FORMAT “SIGHAH”)
    •  THEORY OF AQD (CONTRACT : CONTRACTING PARTIES)
    •  THEORY OF AQD (CONTRACT : SUBJECT MATTER
      “MUBEE’)
  2. THEORY OF OWNERSHIP (MILKIYYAH)

  3. UNILATERAL & BILATERAL CONTRACT

  4. ARKAN AND SHURUT

    • COMPLIANCE TO ARKAN AND SYURUT; BAI’

Rahsia Solat

February 17, 2015 4 Comments

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 

Solat merupakan ibadah utama bagi muslim, Solat lima waktu merupakan tiang dalam agama, jika ia tidak solat maka samalah seperti meruntuhkan tiang tersebut. Kewajipan solat ini merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi seorang hamba dengan penciptaNya iaitu Allah swt.

Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar pengamatan para pengkaji dan beberapa kajian saintifik.

Rahsia Solat Waktu Subuh

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh manusia.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan denganpenawar, penyembuhan, rezeki dan komunikasi.

Rahsia Solat Waktu Zuhor

Ketika ini alam berubah ke warna hijau(Isyraq & Dhuha) dan seterusnya warna kuning mendominasi atmosferamenandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.

Di samping itu warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang kali dalam hidupnya, maka ia akan menghadapi masalah system penghadaman di perut dan hilang sifat cerianya.

Rahsia Solat Waktu Asar

Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti, di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.

Orang yang kerap tertinggal waktu Asar dan lebih malang jika dia menggunakan waktu Asar untuk tidur, maka terpisahlah jasad dan roh seseorang itu dan akan menurunlah daya kreativiti dan kesuburannya serta dia berisiko menjadi mandul.

Rahsia Solat Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan.

Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang hendak atau sedang dalam perjalanan pada waktu ini, sebaiknya menangguhkan dan berhenti seketika dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Rahsia Solat Waktu Insyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Pernah tak jikalau korang solat Insyak tengah malam atau terlewat? tentu pernah rasa gelisah bukan, jikalau kita tengah buat kerja seperti banyak perkara lagi belum diselesaikan.

Sekiranya seseorang itu kerap ketinggalan Isyaknya dengan tidur sejak waktu Asar atau Maghrib atau mereka yang tidur sebelum mendirikan solat Isyak, pasti jiwa dan tidurnya tidak tenteram dan gelisah. Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh. Dan sebetulnya, waktu inilah tidur yang disyariatkan dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan santai atau berehat.

Dengan tidur di waktu ini, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.

Rahsia Khusuk Dalam Solat

  1. Menghormati dan menyahut panggilan azan dengan menyegerakan solat pada waktunya;

  2. Menyempurnakan wudhuk pada zahir dan batin dan menyakini bahawa wudhuk itu dapat membersihkan dosa-dosa kecil;

  3. Menyakini akan penghadapan kepada Allah dan menjaga segala pantang larang dan adab ketika menghadapNya;

  4. Diam sejenak ketika rukuk dan sujud supaya dapat merasakan kenikmatan rukuk dan sujud itu sebelum menuturkan bacaan yang harus dibaca serta merehatkan fikiran dan memahami pengertian solat pada setiap rukunnya. Hayatilah perbualan spiritual dua hala di antara hamba dengan Allah di dalam surah Al-Fatihah;

  5. Segera bertaubat dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun dosa-dosa kecil yang kerap dilakukan sehingga mengakibatkan hati menjadi hitam dan menghalang sampainya nur hidayah Allah. Hati pula menjadi keras kerana telah menyerahkan diri kepada nafsu dan godaan syaitan. Seandainya dalam keadaan berdosa, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. Serahlah diri dan sambutlah pengampunan-Nya;

  6. Mengandaikan solat yang dilakukan itu sebagai solat yang terakhir; dan

  7. Merasakan IHSAN

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab: Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Penutup

Begitulah secara secara ringkas rahsia kelebihan solat mengikut warna alam dan juga rahsia khusuk dalam solat. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah سبحانه وتعالى mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas duniawinya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا.

“Sesungguhnya solat itu merupakan kewajiban yang ditetapkan waktunya bagi kaum mukminin.”

(Surah An-Nisa`: Ayat 103)

P/s: Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rahsia Solat, Jom terjah sini. Tekan pada banner. Dapatkan e-book dan video mengenai Rahsia solat, panduan solat sempurna dan khusuk.

Dalam ebook ini menceritakan mengenai solat dengan lebih terperinci. Antaranya ialah:

  1. Hukum solat
  2. Bacaan-Bacaan dalam solat
  3. Kesan Solat Yang Ditunaikan Dengan Sempurna Zahir Dan Batin

Manakala rakaman video pula ialah mengenai:

  1. Pengenalan tentang solat
  2. memahami bacaan solat
  3. membetulkan perbuatan dalam solat
  4. sesi soal jawab

Dalam Dakapan Ukhwah

February 1, 2015 Leave a Comment

Dalam Dakapan Ukhwah

sidebar

Blog Sidebar

Recent Posts

Feb 01

Pemimpin Yang Bagus

Feb 01

Kisah Tj Sassani Sangup Berhijrah Untuk Bisnes

Nov 21

Panduan Bisnes Tudung RM15,000 Sebulan Tanpa Premis !

Categories

Recent Comments

  • Tina Nordin on ᴴᴰ_Golongan Yang Jenazahnya Tidak Akan Busuk | Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
  • Rayn Gtm on ᴴᴰ_Golongan Yang Jenazahnya Tidak Akan Busuk | Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
  • fine fran on ᴴᴰ_Golongan Yang Jenazahnya Tidak Akan Busuk | Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
  • Abdul Ghofur on KPK Menangis Terharu – Ustadz Abdul Somad
  • Chairil Hery on KPK Menangis Terharu – Ustadz Abdul Somad

Archives

Footer

Hubungi Saya

Fashion on your terms. Our collection is inspired by you and changes daily. Contact us to make suggestions and requests for designers we may have missed.

Phone: 123.456.7890
Returns: 123.456.7890
Email: info@jessicastore.com

Payment Information

We accept PayPal and all major credit cards.

Transactions are performed via a SSL server to ensure your privacy.

  • Siapa Saya?
  • Hubungi Saya
  • Penafian
  • Servis Website
  • Sitemap