Mengenai Universiti Malaysia Kelantan ( UMK )

Mengenai Universiti Malaysia Kelantan ( UMK )

Logo-Universiti-Malaysia-Kelantan-UMK-New-e1364753319164

Assalamualaikum adik-adik, apa khabar sihat ke? ahlan wasahlam dan selamat datang kepada adik-adik ke Universiti Malaysia Kelantan. Tahniah diucapkan kerana berjaya ke UMK. Gembira tak? Adik-adik kenal ke UMK ni? Apa? tak kenal? sama seperti Amir dahulu, Amir tidak pernah kenal dan tidak pernah tahu pun kewujudan umk kat kelantan ni, walaupun Amir sendiri duduk di kelantan. Alhamdulillah sejak kenal umk rasa jatuh cinta pula dengan umk kerana disini banyak perkara yang Amir tak dapat semasa belajar di sekolah dulu kat matrik amir tak tahu macam mana sebab tidak pernah merasai suasana matrik.

Munkin adik-adik yang dapat UMK membayang dan mengidamkan universiti selain daripada umk kan? sebuah unversiti yang besar dan hebat bukan? tetapi adik-adik dapat umk juga, tempat tak pernah terbayang pun dalam kepala betul kan?. Apa yang penting setelah dapat ke UMK ni amir nak adik-adik tetapkan hati dan pasangkan niat untuk belajar kerana Allah dan redha dengan perancangan Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
InsyaAllah yakin dengan perancagan Allah, Allah hantarkan kita kesini ada sesuatu hikmah disebaliknya. Kemunkinan kita tidak suka, tetapi ia baik untuk kita. Apa pun niat belajar untuk tambah ilmu bukan untuk tunjuk menunjuk dengan kemegahan tempat kita belajar.

MENGENAI UMK

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.

Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan – Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang.

  1. VISI, MISI DAN OBJEKTIF
  2. PIAGAM PELANGGAN
  3. LOGO DAN FALSAFAH
  4. TERAS PEMBANGUNAN UMK

UMK KAMPUS KOTA

pagar depan umk kampus kota umk kampus kota 02 library kampus kota 01 asrama umk kampus kota 01 umk kampus kota 01UMK KAMPUS KOTA 03

 

 

UMK KAMPUS BACHOK

umk bachok umk bachok 01

 

 

UMK KAMPUS JELI

umk jeli asrama purempuan 01 UMK jeli 02 pustaka umk kampus kota pemandangan masjid umk jeli 01 umk kampus jeli umk kampus jeli 02

 

KEMUDAHAN UMK

makmal

klinik

internet

riadah

perpustakaan

pengankutan

UNIT ISLAM DI UMK

Walaupun umk merupakan sebuah universiti baharu, dalam menuju kearah perubahan Islamisasi dengan perkembangan terkini, umk juga mempunyai unit Islam yang dikenali sebagai Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UNIPEN) dalam memasti melancarkan program-program Islam, JawatanKuasa Teman (JT) sebagai persatuan di bawah unipen dipertanggungjawabkan sebagai medium untuk pelajar untuk melaksanakan program-program Islam di UMK, sekali gus mewujudkan biah solehah di UMK.

jawatan kuasa teman

 

Apapun jika adik-adik berminat untuk menyertai persatuan ini, adik-adik bolehlah mendaftar nanti semasa minggu 3M nanti. insyaAllah.

p/s: Jika adik-adik ada sebarang persoalan bolehlah tanya saya diruangan komen dibawah. InsyaAllah saya akan jawab. 🙂